Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bekas kekasih dakwa Tiger Woods lakukan gangguan seksual

Bekas kekasih dakwa Tiger Woods lakukan gangguan seksual

Bekas kekasih pemain golf terkemuka, Tiger Woods, Erica Herman mendakwa atlit berusia 47 tahun itu melakukan gangguan seksual terhadapnya ketika dalam tempoh bekerja.

Memetik laporan CNN, perkara ini dikemukakan oleh peguam Herman di Florida di dalam dokumen yang diserahkan kepada Mahkamah pada Jumaat.

Herman mendakwa, Woods menawarkan meneruskan hubungan seksual ketika bekerja di bawahnya serta memaksa menandatangani dokumen dan sekiranya ingkar, Herman akan dipecat.