Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Mei 2026.

1.  Malaysia julang trofi pertama Piala Dunia acara kuadran

Skuad negara menerima tonik tambahan hasil sokongan luar biasa kira-kira 3,000 penonton yang membanjiri stadium yang digelar Home of Sepak Takraw.

2. KKM tingkat kesiapsiagaan susulan ebola diisytihar darurat kesihatan global

Menurut kenyataan KKM hari ini, tiada kes Ebola dilaporkan di Malaysia setakat ini, namun langkah kesiapsiagaan terus dipertingkatkan.

3. Pegawai kanan polis maut terjatuh dari bangunan di Shah Alam

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

4. Air mata bapa Zayn Rayyan gugur, anak kedua kembali ke pangkuan tanpa syarat

Hakim benarkan rayuannya untuk mengetepikan sebahagian daripada 14 syarat serta bon yang ditetapkan Mahkamah Majistret pada November tahun lalu.

5. Guru wanita didakwa amang seksual pelajar lelaki bawah pokok, dalam rumah

Guru terbabit didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelakinya yang berusia 14 tahun sejak tahun lalu.

6. PRN Negeri Sembilan mungkin tahun ini - MB

Aminuddin berkata, keputusan mengadakan PRN bergantung kepada kesesuaian semasa.

7. Tiada PRK Parlimen Pandan, Setiawangsa dijalankan - SPR

Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan dijalankan susulan tindakan bekas Ahli Parlimen bahagian itu, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengosongkan kerusi masing-masing.

8. Final Piala Malaysia 2025/2026: Tindakan tegas akan diambil terhadap individu cetus provokasi - PDRM

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan kekacauan, rusuhan atau provokasi melampau sepanjang atau selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2025/2026 antara Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Kuching City FC pada Sabtu ini.

9. Isu 3R: Polis buka kertas siasatan terhadap Tony Pua

Polis membuka kertas siasatan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, susulan hantaran dimuat naik di Facebook yang menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara, baru-baru ini.

10. Semua parti komponen Kerajaan Perpaduan nyata sokongan, terus bersama sehingga tamat penggal - Fahmi

Semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan khususnya Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan komitmen untuk terus kekal bersama kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal pentadbiran. 

 

Must Watch Video

Advertisement