Skip to main content

Sukan

Isu kerakyatan 7 pemain: Beri ruang pihak berwajib selesaikan secara bijaksana - Presiden PFAM

Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Razman Roslan, meminta semua pihak agar memberikan ruang secukupnya kepada pihak berwajib berhubung kontroversi status kerakyatan tujuh pemain yang sedang hangat diperkatakan ketika ini._Stadium Astro
Razman berharap proses penelitian yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan FAM dapat diselesaikan dengan cara paling bijaksana.

PRESIDEN Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Razman Roslan, meminta semua pihak agar memberikan ruang secukupnya kepada pihak berwajib berhubung kontroversi status kerakyatan tujuh pemain yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Menurut Razman, dia amat menghormati setiap pandangan rakyat yang prihatin terhadap isu berkenaan dan berharap agar proses penelitian yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat diselesaikan dengan cara paling bijaksana.

"Saya rasa setiap rakyat Malaysia memiliki pendapat dan pandangan masing-masing, mereka boleh cakap apa sahaja," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Tetapi bagi pihak PFAM, kita perlu memberikan pihak berwajib (ruang) melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Jika mereka tetapkan yang mereka (tujuh pemain) adalah rakyat Malaysia yang diberikan kerakyatan, kita terpaksa menerimanya.

"Bagi saya, kita perlu ikut apa yang pihak kerajaan, terutama KDN, sudah tentukan.

"Masing-masing ada pendapat, termasuk pengkiritk dan peminat, tetapi secara peribadinya, saya rasa kita patut ikut apa yang telah dipersetujui oleh kerajaan."

Must Watch Video

Advertisement