Skip to main content

Advertisement

Banjir | Kerana hujan lebat, bukan daripada Empangan Kenyir

Banjir | Kerana hujan lebat, bukan daripada Empangan Kenyir

Polis Terengganu menafikan banjir besar yang melanda Hulu Terengganu berpunca daripada pelepasan air dari Stesen Jana Elektrik Sultan Mahmud (SJSM) Kenyir.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata ketika ini paras air tasik kenyir masih di bawah tahap limpah dan keadaan terkawal.

Menurutnya lagi kejadian banjir itu adalah disebabkan hujan lebat dan berlakunya limpahan air sungai.