Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Astro Kasih ESG: 30 peratus pemain kebangsaan dari Astro Kem Badminton

Astro Kasih ESG: 30 peratus pemain kebangsaan dari Astro Kem Badminton

Dengan sekitar 30 peratus pemain badminton di dalam skuad kebangsaan datang dari alumninya, Astro Kem Badminton enggan menoleh ke belakang, sebaliknya lebih komited untuk menyediakan lapisan pemain yang baharu.

Naib Presiden Astro, Foo Su Lynn, yang juga Ketua Kakitangan Astro dan Ketua Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) berkata, pihaknya sangat gembira dengan perkembangan tersebut, dan akan meneruskan inisiatif yang telah dimulakan sejak 12 tahun lepas.