Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

#SuaraMalaysia | Kongsikan bersama Astro AWANI

#SuaraMalaysia | Kongsikan bersama Astro AWANI

Adakah anda akan keluar mengundi pada pilihan raya umum kali ini? Jika yang apa yang akan mempengaruhi undi anda? Adakah anda memilih calon atau parti sebagai faktor utama?

Atau anda berkira-kira merosakkan undi kerana bosan dengan situasi politik semasa?

Memahami situasi politik yang lebih dinamik pada masa kini, Astro AWANI cuba sedaya-upaya memahami sentimen rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk melaksanakan proses demokrasi.

Bermula 17 Oktober ini Astro AWANI, yang mengangkat tema malaysia memilih sempena PRU ke-15 dalam setiap segmen beritanya, akan menyediakan soalan berbentuk kaji selidik kepada rakyat Malaysia.