Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

AMK Kedah nafi bantah kehadiran Zahid

AMK Kedah nafi bantah kehadiran Zahid

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah menafikan kenyataan media yang kononnya dikeluarkan pihaknya berhubung bantahan terhadap kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Himpunan Madani pada Jumaat.

Ketua AMK Kedah, Dr Taufiq Johari berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut selain telah membuat penafian menerusi akaun rasmi parti.