Skip to main content

Advertisement

Serangan Israel | Tiga askar Syria terkorban, tujuh cedera

Serangan Israel | Tiga askar Syria terkorban, tujuh cedera

Tiga askar Syria terkorban manakala tujuh cedera dalam serangan udara dilancarkan Israel yang menyasarkan markas tentera di sekitar damsyik pada Khamis malam.

Menurut laporan media, serangan peluru berpandu itu dilancarkan di Bukit Golan namun tentera Syria pada masa sama berjaya menembak jatuh beberapa peluru berpandu dilancarkan rejim.