Skip to main content

Advertisement

Pemandu drift di Genting Highlands ditahan, kereta disita

Pemandu drift di Genting Highlands ditahan, kereta disita

Polis menahan seorang pemandu kereta mewah yang dikesan memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi drift di Genting Highlands. Suspek berusia 29 tahun itu ditahan ketika hadir di Pejabat Trafik IPD Bentong, dan kereta BMW 325i yang digunakan turut disita. Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.