Skip to main content

Advertisement

Tular  | Kemalangan di JRTB Gerik-Jeli, pemandu treler ditahan

Tular | Kemalangan di JRTB Gerik-Jeli, pemandu treler ditahan

Polis menahan seorang pemandu treler selepas muatan siling yang dibawanya terjatuh menimpa sebuah kenderaan lain di Kilometer 69, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, seperti yang tular dalam media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata hasil siasatan pihaknya mendapati kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 29 Oktober lalu.