Skip to main content

Dunia

Komander CENTCOM lawat USS Tripoli di Laut Arab

During a trip to the region earlier today, Adm. Brad Cooper, CENTCOM commander, visited Sailors and Marines aboard USS Tripoli (LHA 7) in the Arabian Sea. He interacted with service members, recognized top performers, and toured various spaces throughout the amphibious assault ship, including the Combat Information Center.
Laksamana Cooper bertemu dengan anggota kelasi dan marin yang berada di atas kapal tersebut semasa lawatan beliau ke rantau berkenaan. - Foto X/CENTCOM

WASHINGTON: Komander Pemerintah Tengah Amerika Syarikat (CENTCOM), Laksamana Brad Cooper, mengadakan lawatan ke atas kapal USS Tripoli yang beroperasi di Laut Arab, menurut kenyataan CENTCOM dalam satu hantaran di platform X.

CENTCOM memaklumkan Laksamana Cooper bertemu dengan anggota kelasi dan marin yang berada di atas kapal tersebut semasa lawatan beliau ke rantau berkenaan.

Cooper bertanggungjawab menyelia operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di seluruh Asia Barat.

Beliau juga sebelum ini terlibat sebagai sebahagian daripada pasukan perunding dalam rundingan yang berlangsung di Islamabad bulan lalu.

Lawatan itu diadakan ketika AS terus menguatkuasakan sekatan laut di Teluk Oman, kawasan yang berhampiran dengan lokasi operasi USS Tripoli.

Sekatan tersebut merupakan sebahagian daripada langkah keselamatan maritim AS di rantau berkenaan.

USS Tripoli, sebuah kapal serangan amfibia Tentera Laut AS, memainkan peranan penting dalam operasi ketenteraan dan sokongan maritim AS di perairan strategik itu.

 

Must Watch Video