Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Tragedi Batang Kali | Laluan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula Jumaat

Tragedi Batang Kali | Laluan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula Jumaat

Laluan Batang Kali-Genting Highlands Seksyen 14, Hulu Selangor, yang ditutup sejak 16 Disember lepas ekoran tragedi tanah runtuh akan dibuka semula pada jam 5 petang Jumaat dengan kawalan pihak berkuasa.

Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan, laluan sementara akan dibuka satu lorong sahaja dan terhad kepada pekerja di kawasan Genting Highlands yang mempunyai surat pengesahan majikan selain kenderaan kelas 1 (motosikal, teksi dan kenderaan pelbagai guna) serta kenderaan kelas 6 (motosikal dan skuter).