Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | Syarikat tidak dapat henti operasi disaran adakan sistem giliran

PRU15 | Syarikat tidak dapat henti operasi disaran adakan sistem giliran

Majikan syarikat swasta yang tidak dapat memberi pelepasan cuti am pada hari mengundi PRU15, disaran mengadakan sistem penggiliran kepada pekerja pada Sabtu ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata perkara itu perlu dilaksanakan sebagai memberi ruang kepada pekerja mereka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.