Skip to main content

Advertisement

Pengilang tayar di Vietnam dihimpit kenaikan kos operasi

Pengilang tayar di Vietnam dihimpit kenaikan kos operasi

Industri pembuatan tayar Vietnam berdepan tekanan tinggi apabila kos operasi terus meningkat, meskipun harga getah asli sebagai bahan mentah utama mencatat penurunan sejak suku pertama tahun ini.

Beberapa pengeluar mengakui bahawa penurunan harga getah tidak memberikan impak ketara kerana perbelanjaan lain seperti tenaga, logistik dan kos buruh terus melonjak dalam tempoh sama.