AWANI Pagi: MYMT2026 | Perkukuh Malaysia sebagai hab pelancongan kesihatan
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelancongan kesihatan utama di rantau Asia menerusi Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2026 (MYMT2026). Dengan sokongan hospital bertaraf antarabangsa, kepakaran perubatan serta kos rawatan yang kompetitif, sektor ini dilihat berpotensi menjadi pemacu ekonomi negara. Perbincangan meneliti peranan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), prestasi semasa industri, pasaran utama pelancong kesihatan, serta strategi promosi yang dirangka bagi memperluaskan capaian Malaysia Healthcare di peringkat global.