Skip to main content

Advertisement

AWANI Pagi: Op Selamat 26 | Jalan raya milik bersama

AWANI Pagi: Op Selamat 26 | Jalan raya milik bersama

Musim perayaan Aidilfitri sering menyaksikan peningkatan mendadak jumlah kenderaan di lebuh raya apabila jutaan rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman. Dalam usaha memastikan perjalanan orang ramai lebih selamat dan lancar, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik melaksanakan OP Selamat 26 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.