Skip to main content

Malaysia

KPF terus diperkasa untuk masa depan warga FELDA - Ahmad Zahid

Zahid Hamidi
Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan terus diperkasa dengan pendekatan yang lebih berfokus, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan terus diperkasa dengan pendekatan yang lebih berfokus, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata pemerkasaan KPF bertujuan untuk memastikan kebajikan dan kepentingan warga Felda sentiasa terpelihara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata KPF adalah sebuah institusi yang sekian lama menjadi tunjang kepada kesejahteraan ekonomi warga Felda, khususnya dalam menyediakan peluang simpanan, pelaburan serta pulangan dividen kepada ahlinya.

“Sebentar tadi, saya telah mendengar pembentangan daripada Pengerusi KPF Datuk Mohd Banuri Aris berhubung perkembangan semasa koperasi serta beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kelangsungan dan kekuatan institusi ini terus terpelihara.

“Insya-Allah, usaha memperkukuh KPF akan terus diperkasa dengan pendekatan yang lebih berfokus dan berimpak demi memastikan kebajikan serta kepentingan warga Felda sentiasa terpelihara,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video