Malaysia menerajui usaha memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai hab semikonduktor global menerusi Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025.
Acara anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) ini menjadi platform strategik bagi merangsang kerjasama serantau, memperkukuh rantaian bekalan, dan menarik pelaburan berimpak tinggi ke dalam ekosistem teknologi ASEAN.