Skip to main content

Dunia

Oscars 2026: Amy Madigan menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Amy Madigan wins the Oscar for Best Supporting Actress for "Weapons" during the Oscars show at the 98th Academy Awards in Hollywood, Los Angeles, California, U.S., March 15, 2026. REUTERS/Mike Blake
Amy Madigan memenangi Oscar Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-98 menerusi lakonannya sebagai watak Aunt Gladys dalam filem seram misteri Weapons. - Gambar Reuters

LOS ANGELES: Pelakon veteran Hollywood, Amy Madigan, memenangi Oscar Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-98 menerusi lakonannya sebagai watak Aunt Gladys dalam filem seram misteri Weapons. 

Kemenangan ini mencatatkan sejarah peribadi buat Madigan, yang kembali ke pentas Oscar selepas 40 tahun sejak pencalonan terakhirnya pada 1986.

Dalam ucapan kemenangannya, Madigan mencetuskan tawa penonton apabila beliau ketawa seperti wataknya sendiri sebelum menerima trofi emas itu sambil berkata: "Apa yang berbeza kali ini ialah saya kini ada lelaki emas kecil ini!" 

Madigan, 75, diberi pujian atas lakonan bertenaga dan menakutkan sebagai seorang ahlis sihir pelik dan menggerunkan yang muncul di sebuah pekan kecil menjelang kehilangan murid-murid sekolah rendah. 

Walaupun kemunculannya kurang daripada 15 minit, watak itu meninggalkan impak besar dan menjadi fenomena budaya pop, termasuk kostum Halloween pada 2025. 

Madigan menewaskan beberapa nama besar lain yang turut dicalonkan iaitu Teyana Taylor yang dicalonkan dalam filem One Battle After Another, Wunmi Mosaku (Sinners), Inga Ibsdotter Lilleaas (Sentimental Value) dan Elle Fanning (Sentimental Value). - Agensi

Must Watch Video