Skip to main content

Teknologi

YouTube perluas akses Picture-in-Picture percuma kepada semua pengguna

https://amanz.my/2026562699
Langkah itu membolehkan kandungan video bukan muzik dan berbentuk panjang terus dimainkan dalam pemain mini pada skrin peranti walaupun pengguna telah keluar daripada aplikasi berkenaan. -Foto Amanz

TOKYO: YouTube mula memperluas akses ciri Picture-in-Picture (PiP) kepada semua pengguna di seluruh dunia secara percuma, tanpa memerlukan langganan YouTube Premium, menerusi pelaksanaan berperingkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Langkah itu membolehkan kandungan video bukan muzik dan berbentuk panjang terus dimainkan dalam pemain mini pada skrin peranti walaupun pengguna telah keluar daripada aplikasi berkenaan, lapor Amanz.

Sebelum ini, kemudahan tersebut hanya ditawarkan kepada pengguna bukan pelanggan Premium di Amerika Syarikat, manakala pengguna di kebanyakan pasaran global lain perlu melanggan pelan berbayar untuk mengakses fungsi berkenaan.

Menerusi kemas kini terbaharu itu, pengguna Android dan iOS boleh mengaktifkan fungsi PiP dengan melakukan gerakan menolak ke atas atau menekan butang Home ketika video sedang dimainkan.

Video berkenaan akan terus dipaparkan dalam pemain kecil yang boleh digerakkan ke mana-mana bahagian skrin bagi menyokong aktiviti pelbagai tugas.

Walau bagaimanapun, YouTube memaklumkan ciri PiP percuma ini tidak merangkumi kandungan muzik, yang masih eksklusif kepada pelanggan YouTube Premium.

Pengguna turut disaran untuk memastikan peranti mereka menggunakan sistem operasi terkini, khususnya iOS 15 ke atas bagi pengguna iPhone, serta menyemak tetapan aplikasi YouTube masing-masing untuk mengaktifkan mod PiP sebaik sahaja ia tersedia secara rasmi di pasaran tempatan.

Must Watch Video