Skip to main content

Malaysia

Agong terima kunjungan cucu pencipta bersama legasi kartun the Flintstones

SULTAN IBRAHIM TERIMA KUNJUNGAN DAVE WILLIAMS - CUCU PENCIPTA BERSAMA LEGASI KARTUN THE FLINTSTONES -- FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di Johor Bahru. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima kunjungan Dave Williams, yang merupakan cucu kepada William Hanna, pencipta bersama siri animasi kartun popular The Flintstones, The Jetsons dan ribuan lagi watak kartun.

Menurut hantaran di laman Facebok Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Williams yang bertugas sebagai Kaunselor Ekonomi di Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia turut melawat Istana Flintstones di Mersing, semalam.

Image
SULTAN IBRAHIM TERIMA KUNJUNGAN DAVE WILLIAMS - CUCU PENCIPTA BERSAMA LEGASI KARTUN THE FLINTSTONES -- FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Williams turut melawat Istana Flintstones di Mersing, semalam. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda kerana diberi peluang untuk melawat Istana Flintstones, yang dibina berinspirasikan siri kartun berkenaan.

--BERNAMA

Must Watch Video