PENGGUNA perisian penyuntingan imej profesional kini mempunyai alternatif percuma yang lebih mesra pengguna menerusi pelancaran PhotoGIMP, iaitu modifikasi yang mengubah antara muka perisian sumber terbuka GIMP 3.0 agar menyerupai reka bentuk Adobe Photoshop.
Perisian modifikasi yang dibangunkan oleh Diolinux itu dilihat sebagai penyelesaian praktikal bagi membantu pereka grafik beralih daripada ekosistem berbayar Adobe tanpa perlu menyesuaikan diri semula dengan susun atur alatan yang berbeza, lapor Amanz.
Sebelum ini, pengguna Adobe Photoshop berdepan kos langganan tahunan yang tinggi, yang boleh mencecah hampir RM1,000 setahun, berbanding model pembelian sekali yang lebih menjimatkan pada masa lalu.
Seperti perisian asas GIMP, PhotoGIMP ditawarkan secara percuma dan boleh dimuat turun oleh pengguna melalui platform pembangunan kod GitHub.