Skip to main content

Teknologi

Lovable lancar aplikasi desktop untuk pengguna macOS

Lovable, perkhidmatan sempoicara yang popular, kini telah memperkenalkan aplikasi desktop mereka khusus untuk pengguna macOS. Dengan penawaran ini, ia sekaligus memudahkan pengguna mengakses Lovable, tanpa perlu melalui pelayar web.
Menerusi pelancaran itu, aplikasi desktop Lovable membolehkan pengguna mengakses Model Context Protocol (MCP) secara langsung menerusi komputer masing-masing, termasuk sokongan kepada MCP tempatan. -Foto Amanz

LOVABLE, sebuah platform kecerdasan buatan (AI) bagi pembangunan aplikasi, hari ini melancarkan aplikasi desktop khusus untuk pengguna macOS bagi memudahkan akses terus tanpa perlu menggunakan pelayar web.

Menerusi pelancaran itu, aplikasi desktop Lovable membolehkan pengguna mengakses Model Context Protocol (MCP) secara langsung menerusi komputer masing-masing, termasuk sokongan kepada MCP tempatan, lapor Amanz.

Selain itu, aplikasi berkenaan hadir dengan ciri pengurusan pelbagai tab yang membolehkan pengguna mengendalikan dan mengakses beberapa projek serentak dengan lebih cekap.

Lovable berkata, pengguna sedia ada kini boleh memuat turun aplikasi desktop tersebut dan mula menggunakannya serta-merta.

Menurut syarikat itu, versi aplikasi untuk sistem pengoperasian Windows dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat.

Must Watch Video