KUALA LUMPUR: Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang terus meningkat, semakin ramai rakyat Malaysia mula menilai semula cara mereka menyimpan dan melindungi nilai kewangan.
Emas yang sebelum ini sering dilihat sebagai simbol kemewahan atau sekadar hantaran perkahwinan, kini kembali mendapat perhatian sebagai alternatif simpanan yang lebih stabil dan praktikal dalam jangka masa panjang.
Permintaan terhadap emas yang terus meningkat di peringkat global, selain bekalan yang terhad, menjadikan aset ini kekal relevan sebagai salah satu strategi kepelbagaian kewangan.
Dalam jangka panjang, harga emas juga menunjukkan trend peningkatan, sekali gus menjadikannya pilihan bagi mereka yang ingin memelihara nilai simpanan. Pada masa sama, emas sering dilihat sebagai perlindungan terhadap inflasi kerana nilainya yang lebih tahan berbanding mata wang.
Seiring dengan perubahan gaya hidup dan kemajuan teknologi, akses kepada simpanan emas kini menjadi lebih mudah.
Tanpa memerlukan modal yang besar atau proses yang rumit, orang ramai boleh mula menyimpan emas dengan jumlah serendah RM10 melalui Bursa Gold Dinar, platform pelaburan emas yang diperkenalkan oleh Bursa Malaysia.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membeli, menjual, memindahkan serta menebus emas pada bila-bila masa mengikut keperluan masing-masing. Emas yang dimiliki pula disimpan dalam peti simpanan yang dilindungi, memberikan keyakinan kepada pengguna untuk menyimpan secara lebih selamat dan teratur.
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan simpanan emas, pendekatan digital ini menawarkan fleksibiliti tanpa perlu komitmen yang besar. Malah, emas yang terkumpul juga boleh ditebus kepada syiling emas fizikal apabila mencapai jumlah tertentu, selain dipindahkan kepada rakan atau ahli keluarga dengan mudah melalui aplikasi.
Pengguna juga boleh menetapkan amaran harga bagi memantau pergerakan harga pasaran emas secara masa nyata, sekali gus membantu pengguna membuat keputusan yang lebih bijak dalam mengurus simpanan.

Lebih menarik, Bursa Gold Dinar turut memperkenalkan kempen Referral Rewards, di mana kedua-dua pengguna baharu dan sedia ada berpeluang menerima ganjaran emas apabila mula menyimpan bersama.
Mekanisme kempen adalah seperti berikut:
- Pengguna sedia ada (Referrer): Terima 0.01g emas apabila membeli minimum RM500 emas secara kumulatif
- Pengguna baharu (Referee): Terima 0.01g emas apabila membeli minimum RM500 emas secara kumulatif
Ganjaran ini diberikan sepanjang tempoh kempen, sekali gus menggalakkan lebih ramai untuk mula menyimpan emas secara konsisten, walaupun dengan jumlah sederhana.
Dengan kemudahan akses, fleksibiliti serta potensi nilai jangka panjang, simpanan emas kini bukan lagi sesuatu yang eksklusif, tetapi semakin relevan sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan harian, lebih-lebih lagi dengan ketidaktentuanekonomi buat masa ini.
*Promosi ini sah sehingga 15 September 2026 dan tertaklukkepada terma dan syarat.
Untuk mengetahui lebih lanjut atau memulakan perjalananpelaburan emas, aplikasi Bursa Gold Dinar boleh dimuat turunmelalui pautan berikut:
- App Store: https://apple.co/3HpZ9DK
- Play Store: https://bit.ly/3S1lPPL
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi www.bgd.bursamalaysia.com.