Skip to main content

Sukan

Kejohanan Terjun Grand Prix FINA: Gandingan Syafiq-Wendy rangkul emas

61574008202_MuhdSyafiqPuteh.jpg
Gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Wendy Ng Yan Yee berjaya meraih emas, selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Grand Prix Terjun FINA menerusi acara tiga meter papan anjal seirama campuran di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, pada Ahad.

Gandingan itu mengumpul 299.22 mata mengatasi penerjun Rusia, Ilia Molchanov-Elizaveta Kuzina dengan 287.40 mata (perak), manakala pasangan Switzerland, Jonathan Suckow-Michelle Heimberg dengan 281.10 (gangsa).

Gandingan Loh Zhiayi-Lau Jasmine pula terpaksa akur apabila sekadar meraih gangsa dalam acara tiga meter papan anjal seirama wanita, dengan catatan 255.72 mata.

Pasangan China, Huang Xiaohui-Wei Ying mengungguli acara itu dengan mengumpul 291.30 mata bagi memperoleh emas, manakala gandingan Rusia, Karina Shkliar-Marina Shishkanova mendapat perak dengan 255.90 mata.

-- BERNAMA

Must Watch Video