Skip to main content

Sukan

Terbuka Singapura: Gandingan baharu beregu campuran BAM tewaskan pasangan ranking pertama dunia

Kejutan besar! Siapa sangka pertemuan pertama memihak kepada Malaysia.  Gandingan baru beregu campuran negara, Jimmy Wong-Cheng Su Yin, menampilkan permainan memukau apabila memperoleh kemenangan bergaya menewaskan gergasi China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, sebentar tadi.
Wakil negara itu menumpaskan pasangan ranking pertama dunia itu dengan kemenangan straight set 23-21, 21-16 dalam tempoh 43 minit. - Stadium Astro

GANDINGAN baharu beregu campuran negara, Jimmy Wong-Cheng Su Yin, menampilkan permainan memukau apabila memperoleh kemenangan bergaya menewaskan gergasi China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, sebentar tadi.

Wakil negara itu menumpaskan pasangan ranking pertama dunia itu dengan kemenangan straight set 23-21, 21-16 dalam tempoh 43 minit, sekali gus mara ke peringkat seterusnya.

Kepulangan semula Jimmy Wong ke pangkuan badan induk itu jelas menghasilkan impak besar apabila berhasil membina persefahaman baik bersama Su Yin untuk menumbangkan jaguh dunia itu.

 

Untuk rekod, ini adalah kejohanan kedua mereka bergandingan bersama selepas Masters Malaysia minggu lalu.

Jimmy sebelum ini terlepas peluang menjulang kejuaraan apabila tewas dalam tujuh final sepanjang bergelar pemain profesional bersama Lai Pei Jing, termasuk muncul naib juara Terbuka Macau Super 300. -- Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement