Skip to main content

Dunia

Kes jangkitan hantavirus meningkat kepada 13 kes - WHO

FILE PHOTO: Director-General of the World Health Organisation (WHO) Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus attends an ACANU briefing in Geneva, Switzerland, April 29, 2026. REUTERS/Denis Balibouse/File Photo
Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata WHO sedang mengadakan hubungan rapat dengan semua kerajaan negara yang berkaitan. - Gambar fail/Reuters

MOSCOW: Jumlah kes jangkitan hantavirus meningkat kepada 13 kes selepas pihak berkuasa Sepanyol melaporkan satu kes baharu dalam kalangan penumpang kapal persiaran MV Hondius yang kini dikuarantin, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Tiada kematian baharu dilaporkan sejak 2 Mei. Jumlah keseluruhan kematian kekal tiga orang daripada 13 kes yang dilaporkan setakat ini. Situasi dilaporkan kekal stabil. Penumpang yang jatuh sakit sedang menerima rawatan yang diperlukan, manakala yang lain masih berada dalam kuarantin," tulis Ghebreyesus di platform X.

Beliau berkata WHO sedang mengadakan hubungan rapat dengan semua kerajaan negara yang berkaitan.

Satu wabak hantavirus yang membawa maut dikesan pada awal Mei di atas kapal persiaran Belanda, MV Hondius, yang sedang dalam pelayaran dari Argentina ke Cape Verde. Tiga orang dilaporkan meninggal dunia. 

Para penumpang telah dipindahkan, dan kapal berkenaan yang membawa mayat seorang penumpang yang maut akibat virus itu, belayar ke Rotterdam. Kapal itu tiba di pelabuhan Rotterdam pada 18 Mei, dan anak kapal warga asing telah dihantar ke pusat kuarantin di kawasan pelabuhan berkenaan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement