PEMAIN tengah Arsenal, Declan Rice, terus positif meskipun tercicir mata dalam misi menjuarai Liga Perdana Inggeris 2025/26.
Perkara itu susulan anak buah Mikel Arteta sekadar berkongsi mata ketika berkunjung ke Stadium Komuniti GTECH selepas terikat 1-1 berdepan Brentford baru-baru ini.
Begitupun, kedudukan itu meletakkan The Gunners terus berada di puncak liga dengan kelebihan empat mata - 57 mata selepas 26 perlawanan - manakala, pencabar terdekat, Manchester City berada di kedudukan kedua dengan 53 mata dan Aston Villa mengumpul 50 mata di kedudukan ketiga.
"Sekiranya anda tidak boleh memenangi perlawanan, jangan kalah. Kami masih mendahului dengan empat mata di tangga teratas (liga).
"Anda tahu, perkara utama ialah kami perlu terus pandang ke hadapan. Kami mempunyai satu lagi perlawanan minggu depan, jadi, terus positif." katanya.
❤️🤍 Declan Rice: “If you can't win a game, don't lose. We're still four points clear at the top”.
“And, you know, the thing is that we've got to keep looking forward. We've got another game next week. So, yeah, positive”. pic.twitter.com/Ydd9bE3Ftk— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 13, 2026