Skip to main content

Dunia

Sara Duterte failkan pembelaan dalam kes pemecatan

Philippine vice-president Sara Duterte has been impeached by the House of Representatives over accusations that include plotting to assassinate the president. Photograph: Lisa Marie David/Reuters
Sara, anak kepada bekas Presiden Rodrigo Duterte, mengumumkan pencalonannya bagi pilihan raya presiden Filipina 2028 pada Februari tahun ini. - Gambar fail/REUTERS

MANILA: Pasukan pembelaan Sara Duterte pada Isnin memaklumkan bahawa Naib Presiden Filipina itu secara rasmi memfailkan jawapan terhadap Artikel Pendakwaan Pemecatan di hadapan Senat yang bersidang sebagai mahkamah pemecatan, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, peguam Sara berkata jawapan itu mengandungi pembelaan naib presiden berkenaan serta membangkitkan isu penting berkaitan Perlembagaan, prosedur dan perkara substantif melibatkan Artikel Pendakwaan Pemecatan serta prosiding di Dewan Perwakilan Filipina (HOR) dan Jawatankuasa Kehakiman HOR.

Peguam beliau berkata perkara yang dibangkitkan dalam jawapan itu sewajarnya ditangani di hadapan mahkamah pemecatan dan bukannya melalui publisiti.

Pada 18 Mei, Senat Filipina bersidang sebagai mahkamah pemecatan untuk membicarakan kes terhadap Sara.

Presiden Senat Alan Peter Cayetano mengarahkan saman dikeluarkan kepada Sara, yang menghendaki beliau memfailkan jawapan dalam tempoh 10 hari yang tidak boleh dilanjutkan bermula daripada tarikh penerimaan saman serta hadir di hadapan Senat apabila diarahkan.

Sara, anak kepada bekas Presiden Rodrigo Duterte, mengumumkan pencalonannya bagi pilihan raya presiden Filipina 2028 pada Februari tahun ini.

Jika lebih dua pertiga senator mengundi menyokong pemecatan itu, beliau akan disabitkan kesalahan, disingkirkan daripada jawatan dan dihalang daripada memegang jawatan awam seumur hidup.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement