LIGA Malaysia (Liga-M) juga bakal diwajibkan dengan peraturan sama.
Satu usul berlangsung dalam Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan peraturan kuota 11 pemain atas padang untuk sesebuah pasukan.
Menurut perbincangan, sesebuah kelab perlu menurunkan sekurang-kurangnya seorang tonggak bawah 20 tahun (B-20) atau B-21 atas padang.
Perbincangan itu mendapat kelulusan untuk ditentukan dalam mesyuarat seterusnya pada tahun hadapan.
Meskipun kelihatan ketat, sekiranya diluluskan, maka semua kelab di dunia perlu menurunkan 'ubi muda' dalam kesebelasan utama.
🚨 The FIFA Council has unanimously approved a consultation process for a proposed regulatory obligation that senior club teams must have at least one homegrown player from the Under-20 or Under-21 category on the field.
All relevant stakeholders will be approached before a… pic.twitter.com/EmLm8fpRhv— Ben Jacobs (@JacobsBen) April 29, 2026
Satu inisiatif terbaik bagi mempelihara bakat tempatan?
Bagi arena tempatan, beberapa kelab Liga Super mengamalkan pendekatan menurunkan pemain B-23 dan ke bawah dalam senarai kesebelasan utama atau di bangku simpanan.
Malah, Liga Bolasepak Amatur (AFL) juga menguatkuasakan peraturan sekurang-kurangnya tiga pemain B-23 untuk setiap kelab yang bertanding.
Liga terkemuka dunia seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) mengamalkan konsep berlainan apabila menetapkan kelab wajib mempunya 17 pemain akademi dalam senarai skuad secara keseluruhan.
Pemain mestilah berada di akademi sesebuah kelab sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum mereka mencecah usia 21 tahun. Syarat ini terpakai kepada semua pemain tidak kira pemain tempatan atau pemain import. -- Stadium Astro