Skip to main content

Sukan

Ashley Young umum persaraan, tamatkan karier 23 tahun dalam bola sepak

FILE - Everton's Ashley Young runs into position during the English Premier League soccer match between Southampton and Everton, at the St Marys Stadium in Southampton, Nov 2, 2024. (AP Photo/Dave Shopland,File)
Young, yang kini beraksi bersama Ipswich Town dalam saingan divisyen Championship, mengesahkan perlawanan menentang Queens Park Rangers (QPR) pada Sabtu ini berkemungkinan besar menjadi aksi terakhirnya sebagai pemain profesional.

LONDON: Bekas pemain pertahanan Manchester United dan England, Ashley Young, hari ini mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional pada usia 40 tahun, sekali gus menamatkan karier cemerlang selama 23 tahun.

Young, yang kini beraksi bersama Ipswich Town dalam saingan divisyen Championship, mengesahkan perlawanan menentang Queens Park Rangers (QPR) pada Sabtu ini berkemungkinan besar menjadi aksi terakhirnya sebagai pemain profesional.

Sepanjang kariernya, beliau meraih pelbagai kejuaraan utama termasuk Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Europa bersama Manchester United, selain kejuaraan Serie A ketika menyarung jersi Inter Milan.

“Ia merupakan satu perjalanan yang hanya saya impikan sewaktu kecil. Namun setiap impian pasti ada pengakhirannya dan Sabtu ini mungkin perlawanan terakhir dalam karier profesional saya,” tulis Young menerusi hantaran emosi di media sosial.

Pemain veteran itu memulakan karier profesionalnya bersama Watford sebelum mencipta nama di Aston Villa, seterusnya menjadi tonggak penting dan kapten Manchester United di Old Trafford.

Di peringkat antarabangsa, Young mengumpul 39 kaps bersama skuad England dan mewakili negaranya dalam kejohanan utama termasuk Euro 2012 serta Piala Dunia 2018.

Beliau menyertai Ipswich Town pada Julai 2025 selepas meninggalkan Everton dan kini memberi tumpuan untuk membantu kelab itu dalam pemburuan slot kenaikan pangkat ke Liga Perdana Inggeris sebelum menggantung but secara rasmi.

Must Watch Video