Skip to main content

Malaysia

UMNO Besut lancar tabung khas untuk kelangsungan parti

51529847639_UMNO.jpg
UMNO Bahagian Besut melancarkan tabung khas bagi mendapatkan sumbangan dan dana daripada pemimpin dan anggota UMNO bahagian itu, kata Ketua UMNO Bahagian Besut Nawi Mohamad.

Beliau berkata dana tersebut akan digunakan untuk memperkemas dan memastikan aktiviti membabitkan bahagian itu dapat dilaksanakan secara berterusan.

"Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di kawasan ini bersetuju menyumbang RM1,000 seorang daripada elaun mereka setiap bulan bagi membantu mengumpul sumber kewangan bagi mengisi tabung tersebut," katanya kepada media di sini pada Ahad.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, Datuk Seri Idris Jusoh menang di kawasan Parlimen Besut; Nawi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut; Datuk Muhammad Pehimi Yusoff (DUN Jerteh) dan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (DUN Kuala Besut).

-- BERNAMA



Must Watch Video