Skip to main content

Malaysia

Tujuh kawasan di Semenanjung catat cuaca panas Tahap 1 - MetMalaysia

61746603456_cuacapanas.jpg
Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung mencatatkan cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga setakat 4 petang tadi. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung mencatatkan cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga setakat 4 petang tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat meliputi seluruh Perlis dan Setiu di Terengganu.

Turut tersenarai adalah lima kawasan di Kelantan, iaitu Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video