Skip to main content

Malaysia

Polis terima laporan berhubung dakwaan fitnah terhadap MAIS

KES FITNAH MAIS_PDRM
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata laporan itu diterima kira-kira petang Khamis (16 April) melibatkan satu rakaman video TikTok oleh pemilik akaun “Ridzuan Ikhlas” di platform IPK.TV.

KUALA LUMPUR: Polis menerima satu laporan berhubung dakwaan fitnah terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang tular di media sosial.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata laporan itu diterima kira-kira petang Khamis (16 April) melibatkan satu rakaman video TikTok oleh pemilik akaun “Ridzuan Ikhlas” di platform IPK.TV.

Shazeli dalam kenyataan berkata pengadu mendakwa kandungan video tersebut merupakan fitnah kerana mengandungi tuduhan rasuah serta penggunaan imuniti istana yang dilihat sengaja dibuat bagi menjejaskan imej MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sejurus laporan, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai diminta memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara adil serta tidak membuat sebarang spekulasi dan komen yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman awam.

Terdahulu, tular sebuah video di TikTok pada Isnin lalu (13 April) yang mendakwa berlaku salah urus melibatkan MAIS dalam projek pembinaan sebuah masjid di Subang Jaya.

Hantaran tersebut turut mengaitkan MAIS dengan penggunaan imuniti istana serta unsur rasuah sehingga menyebabkan pembayaran tidak diselesaikan.

Must Watch Video