Skip to main content

Malaysia

Remaja dikhuatiri lemas ketika cuba seberang lombong

41747534942_lemas.jpg
KAMPAR: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas setelah dipercayai cuba menyeberangi lombong di Jalan Kilang Simen, Kota Bharu, dekat Gopeng, di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kampar berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Fazrul Qusry, 18 tahun, dari Kota Bharu.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu dari Balai Bomba Gopeng pada jam 7.55 malam.

"Seorang lelaki dikatakan lemas semasa cuba menyeberangi lombong. Rakan mangsa telah membuat pencarian sekitar lombong sebelum menghubungi pihak MERS.

"Pegawai pasukan bersama lima anggota APM bergerak ke lokasi pada jam 8 malam.

"Bagaimanapun pihak polis menangguhkan pencarian sekitar 9 malam dan operasi akan disambung semula pada Ahad jam 8 pagi," katanya malam tadi. 









Must Watch Video