Skip to main content

Teknologi

Meta uji aplikasi ‘Forum’, fokus kandungan komuniti Facebook

Meta secara senyap bereksperimen dengan aplikasi baharu Forum – dimana ia hanya memaparkan susur masa Facebook Group yang disertai oleh pengguna. Ia amatlah berguna bagi mereka yang mungkin sudah pening kepala susur masa di Facebook terdapat terlalu banyak kandungan sehingga terlepas kemaskini Faceboook Group yang disertai.
Aplikasi eksperimen itu bertujuan membantu pengguna memberi tumpuan kepada hantaran daripada komuniti yang disertai tanpa gangguan kandungan lain di laman utama Facebook. -Foto Amanz

META Platforms Inc (Meta) dilapor sedang menguji aplikasi baharu dikenali sebagai Forum yang direka untuk memaparkan kandungan daripada Facebook Groups dalam paparan kronologi seperti Reddit.

Aplikasi eksperimen itu bertujuan membantu pengguna memberi tumpuan kepada hantaran daripada komuniti yang disertai tanpa gangguan kandungan lain di laman utama Facebook, lapor Amanz.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu log masuk menggunakan akaun Facebook dan melihat senarai kumpulan yang diikuti bersama cadangan forum berkaitan minat mereka.

Selain berfungsi sebagai hab kemas kini komuniti, Forum turut dilengkapi ciri carian soalan yang membolehkan pengguna berkongsi jawapan dan penyelesaian.

Struktur interaksi itu dilihat menyerupai cara operasi platform Reddit.

Meta memaklumkan projek tersebut masih dalam fasa ujian awal bagi menilai maklum balas pengguna sebelum sebarang keputusan pelancaran dibuat.

Ketika ini, akses kepada aplikasi Forum terhad kepada pengguna iOS di Amerika Syarikat.

 

Must Watch Video

Advertisement