Skip to main content

Malaysia

Jemaah haji Malaysia ke-10 meninggal dunia di Tanah Suci

MAKKAH, 16 Mei -- Lembaga Tabung Haji (TH) bakal memberikan pengalaman berbeza kepada jemaah haji Malaysia melalui penyediaan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan standard keselesaan optimum di kawasan operasi Masyair, bagi musim haji 1447H/2026M.  Antara pembaharuan utama tahun ini ialah penggunaan khemah baharu di Arafah yang dilengkapi penebat haba serta unit pendingin hawa jenis 'split' bagi mengurangkan suhu dalam khemah, selain pemasangan tanda nama dan gambar jemaah pada setiap katil sofa bagi memu
Allahyarham yang hadir seorang diri untuk menunaikan ibadah haji itu merupakan jemaah daripada kumpulan KT08 dan menginap di Hotel Rehab Al-Janadriyah. - Gambar fail Bernama

MEKAH: Seorang jemaah haji wanita berusia 52 tahun dari Parit Jawa, Johor menjadi jemaah Malaysia ke-10 meninggal dunia di Tanah Suci bagi musim haji tahun ini akibat pendarahan otak semalam. 

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan memaklumkan, Allahyarham yang hadir seorang diri untuk menunaikan ibadah haji itu merupakan jemaah daripada kumpulan KT08 dan menginap di Hotel Rehab Al-Janadriyah.

“Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Shefaa pada 5 pagi akibat pendarahan otak.

“Jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Zuhur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sharai, Makkah,” menurut kenyataan itu.

TH turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement