Skip to main content

Malaysia

Polis siasat kes gaduh ketika pesta Songkran di Damansara

61745248096_pergaduhan.jpg
PETALING JAYA: Polis membuka satu kertas siasatan susulan insiden pergaduhan yang tular di media sosial, dipercayai berlaku ketika sambutan pesta Songkran di sebuah pusat beli-belah di Damansara, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya mengesan sebuah video berdurasi 56 saat yang dimuat naik pemilik akaun Facebook pada jam 10 pagi, Isnin.

"Hasil semakan mendapati video berkenaan memaparkan kejadian pergaduhan yang dipercayai berlaku semasa sambutan pesta tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Susulan itu, kata  Shahrulnizam, Ketua Balai Polis Damansara membuat satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Kes kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Video tular tersebut memaparkan sekumpulan individu bergaduh dan saling membaling kerusi antara satu sama lain, dipercayai dalam kawasan pesta.

Polis menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang dan menyeru mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan.


Must Watch Video