ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 April 2026.
1. Polis buru tahanan warga Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh
Muhammad Hassan kali terakhir dilihat berpakaian kemeja-T berwarna jingga dan seluar panjang hitam.
2. PM Anwar zahir dukacita pemergian Kamal Kharazi
Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham Kamal Kharazi sebagai seorang diplomat luar biasa yang memiliki ilmu mendalam serta keperibadian yang penuh sopan dan mesra.
3. Ziarah Kasih PTPTN ringankan beban waris nahas pemandu mabuk
PTPTN menyalurkan sumbangan kepada tiga anak Allahyarham dalam bentuk simpanan Akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM3,000, dengan setiap anak menerima RM1,000.
4. Konflik Asia Barat: Kos ubat meningkat 40 peratus, peranti hospital cecah 100 peratus - Dzulkefly
Kos ubat-ubatan di Malaysia meningkat sekitar 30 hingga 40 peratus susulan gangguan rantaian bekalan global akibat konflik di Asia Barat.
5. Konflik Asia Barat: Kerajaan tanggung beban pertahan subsidi RON95 - PM Anwar
Bagaimanapun kerajaan akan terlebih dahulu mengambil kira kos sara hidup rakyat sebelum membuat sebarang perubahan kepada bantuan fiskal itu.
6. Kerajaan beri amaran kepada syarikat korporat, industri beli minyak pada harga pam - Amir Hamzah
Kerajaan akan ambil tindakan penguatkuasaan kepada mana-mana syarikat dan industri yang membeli minyak pada harga pam secara diam-diam.
7. PM fokus ekonomi, tolak tepi kemelut Rafizi, PKR
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata soal isu ekonomi negara ketika ini lebih mustahak untuk diberi perhatian berbanding hal dalaman politik.
8. Bekas Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia pada 2 petang hari ini di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi kesihatan pada usia 71 tahun.
9. SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah menerima dokumen berkaitan aduan berhubung dakwaan transaksi mencurigakan berjumlah RM500,000 melibatkan seorang bekas Menteri Ekonomi berkaitan projek mesin layan diri.
10. Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menegaskan komitmen berterusan baginda dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, selaras dengan prinsip pembangunan Johor yang inklusif.