Skip to main content

Malaysia

Polis jalankan siasatan terperinci punca kemalangan di FSO Sepat

KUALA TERENGGANU, 5 Mei –– Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor pada sidang media berhubung kes samun melibatkan pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid ketika hadir pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Terengganu yang baharu di Ibu Pejabat Polis Kontonjen Terengganu, hari ini.  Azli berkata pihaknya masih menjalankan siasatan daripada semua aspek termasuk jenayah dan narkotik bagi mengesan suspek yang dipercayai lebih daripada dua orang.  Selain itu polis juga telah me
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata sepasukan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah telah dihantar ke lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian. - Gambar fail/Bernama

KUALA TERENGGANU: Polis sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap kes kemalangan yang menyebabkan tiga pekerja maut di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat yang terletak kira-kira 150 meter dari perairan Kuala Terengganu, tengahari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata sepasukan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah telah dihantar ke lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian khususnya di media sosial.

"Setakat ini kes disiasat di bawah laporan mati mengejut. Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah, kes akan diklasifikan semula dan diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini hari ini.

Semalam, tiga pekerja di pelantar minyak dilaporkan maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement