Skip to main content

Malaysia

PM Anwar akan undang Presiden China Xi Jinping hadir Sidang Kemuncak ASEAN

41730973205_Mashup.jpg
SHANGHAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengundang Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China pada tahun depan.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri ketika sidang akhbar bersama delegasi media Malaysia pada hari terakhir lawatan kerjanya ke  China.

“Saya berharap beliau datang kerana dia menganggap Malaysia sebagai kawan yang hebat, Jadi saya rasa pemimpin seperti Presiden Xi Jinping perlu mempertimbangkan komitmennya juga  secara domestik dan antarabangsa,” katanya di Beijing, pada Khamis.

Perdana Menteri kini berada di Beijing selama dua hari bermula 6 November, dan dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Xi petang ini.





Must Watch Video