Skip to main content

Malaysia

PKP di Port Dickson, Seremban antara 5 tumpuan utama kenyataan media Ismail Sabri

71605515489_PKPDDIKAMPUNGHAJI.jpg
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan bermula 19 Januari (esok) sehingga 1 Februari 2021.

Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin (18 Januari 2021):

1) PKPD di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah tamat hari ini.

2) PKP di daerah Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan mulai esok sehingga 1 Februari depan.

3) Seramai 785 individu ditahan kerana ingkar arahan PKP.

4) Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (250), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (137) dan premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (38).

5) Pihak berkuasa berjaya menahan 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas empat kenderaan darat menerusi Operasi Benteng.

BACA: PKP 2.0 di Seremban, Port Dickson bermula esok

Must Watch Video