Skip to main content

Malaysia

'Pakcik durjana' tergamak pijak muka budak dua tahun sedang tidur

71515318660_handcuffed.jpg
Akibat berada dibawah pengaruh dadah, seorang lelaki bertindak kejam apabila tergamak memijak muka anak saudaranya yang berusia dua tahun 11 bulan dalam kejadian di sebuah flat di Bagan Jaya, Butteroworth,  malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 malam ketika mangsa sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek yang berusia 23 tahun itu turut memukul kanak-kanak itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami sesak nafas.

Katanya, kejadian  disedari oleh ibu mangsa yang mendengar tangisan  anaknya sebelum mendapati suspek yang juga adik tirinya  sedang memijak dan memukul mangsa.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami bengkak pada bahagian muka sebelum  dihantar ke hospital  untuk menerima rawatan, namun keadaannya dilaporkan  stabil.

Susulan  kejadian itu, suspek kemudiannya  ditahan awal pagi Khamis  selepas polis menerima laporan daripada ibu  mangsa.

Noorzainy berkata, siasatan awal polis mendapati suspek  yang merupakan seorang penganggur berada dibawah pengaruh dadah ketika kejadian manakala  ujian air kencingnya didapati positif morfin.

Malah suspek juga dikatakan turut  mengalami tekanan hidup.

Polis mendapatkan perintah tahanan reman ke atas suspek hari ini  bagi menjalankan siasatan mengikut  Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Must Watch Video