KUALA LUMPUR: Suasana perhimpunan ‘Tangkap Azam Baki’ yang pada awalnya berlangsung ‘tenang’ di hadapan pusat beli-belah Sogo di sini, bertukar kecoh apabila seorang individu dipercayai meletupkan mercun.
Insiden kira-kira jam 3.30 petang Sabtu itu berlaku ketika salah seorang penganjur mengajak peserta untuk mula berarak dari Sogo menuju ke Dataran Merdeka.
Letupan tersebut mencetuskan panik apabila para peserta bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Menurut seorang peserta, individu yang dipercayai bertanggungjawab meletupkan mercun itu dilihat memakai pelitup muka sebelum kejadian berlaku.
Setakat ini, Astro AWANI masih menunggu kenyataan rasmi daripada polis berhubung kejadian.