Skip to main content

Malaysia

Ribut petir, hujan lebat diramal landa 10 negeri hingga 6 petang

RIBUT PETIR
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang, selain beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. -Gambar hiasan/Bernama

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang, selain beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.

Di Pantai Timur, cuaca sama dijangka melibatkan Hulu Terengganu di Terengganu, Kelantan (Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin).

Amaran cuaca sama turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Selain itu, Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan serta Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video