Skip to main content

Malaysia

Lelaki maut, kereta terbabas, bertembung dengan lori

PDRM
Menurut polis, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JASIN: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sungai Dua Asahan di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin Superintenden Lee Robert berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa berusia 53, yang datang dari arah Simpang Bekoh menghala ke Asahan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas dan berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan lori yang dipandu lelaki berusia 33 tahun dari arah Jementah menghala ke Lipat Kajang tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran,” katanya dalam kenyataan di sini.

Lee berkata mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat. Manakala pemandu lori itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video