Skip to main content

Teknologi

X lancar XChat, aplikasi pemesejan berasingan fokus privasi untuk iPhone

X Memperkenalkan Aplikasi Permesejan Berasingan, X Chat Pada iPhone -- amanz
Aplikasi percuma itu dilengkapi pelbagai ciri keselamatan, termasuk sokongan penyulitan hujung ke hujung, fungsi mesej menghilang secara automatik, sekatan atau amaran terhadap rakaman skrin, selain keupayaan perkongsian fail serta panggilan suara dan video. -Foto Amanz

PLATFORM media sosial X memperkenalkan aplikasi pemesejan berasingan dikenali sebagai XChat, khusus untuk pengguna iPhone, dalam usaha memperkukuh fokus terhadap komunikasi peribadi di platform berkenaan, lapor Amanz.

Aplikasi percuma itu dilengkapi pelbagai ciri keselamatan, termasuk sokongan penyulitan hujung ke hujung, fungsi mesej menghilang secara automatik, sekatan atau amaran terhadap rakaman skrin, selain keupayaan perkongsian fail serta panggilan suara dan video.

XChat turut menjanjikan tahap privasi tinggi tanpa kehadiran iklan atau mekanisme penjejakan, sekali gus menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih bersih berbanding aplikasi pemesejan arus perdana.

Pengguna yang memiliki akaun X sedia ada boleh terus log masuk dan menggunakan aplikasi berasingan itu menerusi peranti iPhone mereka, yang mula tersedia di App Store bermula Jumaat.

Bagaimanapun, X masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran XChat untuk pengguna sistem operasi Android.

 

Must Watch Video