Skip to main content

Malaysia

Kontraktor maut kereta rempuh tiang papan tanda

41387692761_295x200.jpg
Seorang kontraktor pendawaian maut selepas tercampak keluar daripada pacuan empat roda miliknya yang terputus dua selepas merempuh tiang papan tanda di Jalan Tun Razak di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Seow Choon Wui, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan.

Mangsa dipercayai memandu laju dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang sebelum merempuh papan tanda itu, katanya.

Ketika kemalangan, mangsa hanya bersendirian dalam kenderaan tersebut.

Must Watch Video