Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Keputusan WFH bagi sektor awam Selasa depan - Fahmi

PUTRAJAYA, 27 Feb -- Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, bercakap pada Sidang Media Mingguan di Kementerian Komunikasi hari ini.  --fotoBERNAMA(2026) HAK CIPTA TERPELIHARA  PUTRAJAYA, Feb 27 -- Communications Minister, Datuk Fahmi Fadzil, speaks at the Weekly Press Conference at his Ministry, today.  -- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata hasil perbincangan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Selasa depan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Cadangan kesesuaian pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam akan diputuskan dalam mesyurat Kabinet, Selasa depan.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Wan Abdul Aziz untuk meneliti cadangan tersebut bagi memastikan beberapa perkara diselaras.

"Ini untuk sektor awam dan hasil daripada perbincangan itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Selasa depan," katanya ringkas dalam sidang akhbar khas di sini pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, kerajaan sementara Thailand mengarahkan semua agensi persekutuan dan perusahaan milik negara yang sesuai untuk segera melaksanakan dasar WFH sebagai langkah menjimatkan tenaga di tengah ketidaktentuan geopolitik yang terus memuncak di Asia Barat.

Jurucakap kerajaan, Lalida Prertwiwatthana, berkata langkah itu tertumpu kepada jabatan yang boleh beroperasi tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan awam, selain bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan sumber dalam sektor kerajaan.

Pada Selasa lalu pula, kementerian perdagangan Vietnam menggesa perusahaan tempatan menggalakkan pekerja bekerja dari rumah sebagai sebahagian usaha menjimatkan penggunaan bahan api susulan gangguan bekalan dan lonjakan harga yang dicetuskan oleh perang Iran.

Vietnam antara negara yang paling terjejas akibat gangguan bekalan bahan api sejak perang Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran bermula, memandangkan negara itu sangat bergantung kepada import tenaga dari Asia Barat.

Must Watch Video