Skip to main content

Malaysia

Kertas siasatan pegawai tentera disyaki pandu mabuk diserah esok

KUALA LUMPUR, 1 Jan -- Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa (tengah) ketika bertemu pengamal media selepas menyertai Op Samseng Jalanan di Jalan Ampang, awal pagi tadi.  Polis mengeluarkan 378 saman trafik atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam operasi yang dijalankan bermula 2.45 pagi.  Sebanyak 90 buah motosikal disita kerana kesalahan ubah suai kenderaan dan hasil pemeriksaan mendapati majoriti penunggang yang melakukan kesalahan terdiri daripada golon
Mohd Zamzuri berkata polis juga telah mendapat lanjutan reman hingga esok terhadap lelaki berusia 31 tahun itu, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes kemalangan maut melibatkan pegawai tentera yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol akan diserahkan kepada pengarah pendakwaan negeri esok untuk tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata polis juga telah mendapat lanjutan reman hingga esok terhadap lelaki berusia 31 tahun itu, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis telah merekodkan keterangan 12 saksi bagi tujuan siasatan kemalangan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis menerima laporan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) e-hailing  jenis Perodua Alza dan sebuah kereta Ford Fiesta pada 5.38 pagi, 23 April lepas.

Siasatan awal polis mendapati Ford Fiesta dipandu pegawai tentera itu dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Alza dipandu lelaki berusia 41 tahun yang membawa dua penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Akibat pelanggaran itu, seorang penumpang e-hailing lelaki warga Bangladesh berusia 22 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala seorang penumpang wanita juga warga Bangladesh berusia 20 tahun cedera. 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video